Thursday 14 January 2016

PROTON LANCAR 4 MODEL BARU


PROTON bercadang untuk mensasarkan 4 buah model baru bagi menarik minat pembeli kerana sasaran jualan yang dicapai pada tahun 2015 kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mungkin dari segi pemasaran, PROTON boleh dilihat agak hebat juga tapi admin rasa PROTON perlu perbaiki nilai kualiti terutama dari segi ketahanan barang pada kereta tersebut. Ini kerana, pengguna masa kini lebih bijak dan mereka gemar mengkaji. Tidak hairanlah pengguna yang tiada basic automotif pun mampu baiki kereta sendiri atau sekurang-kurangnya tahu mengenai masalah kereta mereka.


Oleh itu, Proton telah nekad untuk memperkenalkan produk baharu dan yang jauh lebih baik berbanding yang sedia ada termasuklah perkhidmatan selepas jualan bagi jenama ini. Sebagai mengotakan janji, syarikat ini akan memperkenalkan empat model baharu, di mana seperti yang kita ketahui, tiga daripadanya adalah Perdana, Persona dan Saga, dan satu lagi merupakan model hasil kerjasama di antara Proton dan Suzuki.

Bagi Perdana di bawah segmen-D, ia dibangunkan berdasarkan platform generasi ke-lapan Honda Accord, dan ia bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Manakala Iriz yang menggunakan platform Persona pula akan memasuki pasaran segmen-B iaitu bersaing dengan Toyota Vios, Honda City dan Mazda2 Sedan, juga akan dilancarkan tidak lama lagi. Bagi Saga pula, ia masih menggunakan platform yang sama dengan model sedia ada, tetapi akan diberi suntikan yang lebih segar dan terkini.

Bagi model yang masih belum didedahkan iaitu hasil kerjasama antara Proton dan Suzuki, ia dijangka diperkenalkan sebelum tahun 2016 berakhir. Walau bagaimana pun, Proton masih belum mendedahkan perinciannya, tetapi kemungkinan ia akan berada di bawah segmen-A. Mungkin ia merupakan model rebadged bagi Alto atau Celerio?


Datuk Harith berkata, model baharu ini akan menggunakan teknologi dan elemen keselamatan standard tetapi dengan harga yang berpatutan. Menurutnya lagi, ia adalah penting bagi memastikan produk ini bersedia “dengan teknologi dan kualiti terbaik”, selain mengekalkan harga yang kompetitif bagi jenama ini.

Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata Proton akan meneruskan nama model sedia ada termasuk Perdana, Persona dan Saga, seperti mana yang dilakukan oleh Toyota dan Honda yang membangunkan model baharu tetapi mengekalkan nama yang sama.

Bagi membangunkan model baharu ini, Proton telah membelanjakan sebanyak RM2.20 bilion sejak dua tahun yang lalu, bagi peringkat kajian dan pembangunan termasuk membangunkan enjin baharu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata Proton mencari pengganti bagi enjin CamPro dengan enjin suntikan-terus baharu berkapasiti 1.3 dan 1.5 liter, bagi bentuk pengecas turbo dan aspirasi-semulajadi

Bagi perkhidmatan selepas jualan pula, sememangnya ada kelemahannya bagi jenama ini. Namun Datuk Harith berkata, mutu perkhidmatan tersebut akan dipertingkatkan, malah syarikat ini hanya akan menambah pengedar 3S dan 4S bagi rangkaian jualan dan servisnya.

Dengan penambahan sebanyak 29 pusat servis Suzuki yang telah diambil alih oleh Proton dan ditukarkan menjadi Proton Edar iaitu sebahagian daripada kerjasama Proton-Suzuki, kini rangkaian edaran Proton bagi pusat 1+1S, 2S dan 3S bertambah menjadi 105. Di mana Datuk Harith berkata, ia membuatkan Proton memiliki rangkaian edaran yang lebih mantap untuk menyokong kehadiran model baharu.

Selain itu, Proton juga dalam perancangan untuk menggunakan kapasiti sepenuhnya bagi kilangnya di Tanjung Malim dan Shah Alam, yang berkeupayaan memproduksikan sehingga 300,000 unit kenderaan setahun. Syarikat ini turut mensasarkan untuk menghasilkan sebanyak 150,000 unit kenderaan pada tahun ini, iaitu bagi meningkatkan jualan sebanyak 50%.

Bukan itu sahaja, Proton juga berazam untuk meningkatkan nilai dan keyakinan terhadap jenama, dengan memberikan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik serta mempergunakan tekologi Suzuki sepnuhnya bagi model-model yang akan datang. Dengan kerjasama antara pakar kereta bersaiz kecil dari Jepun ini, diharap jenama ini mamou melangkah lebih cemerlang dan memberikan persaingan lebih jitu buat para pesaingnya.

“Kami amat yakin bahawa tahun 2016 ini akan menjadi tahun yang lebih baik bagi Proton. Sekali gus menjadi titik perubahan baharu bagi Proton,” ujar Datuk Harith.

Related Posts

PROTON LANCAR 4 MODEL BARU
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.